Raya vs Duit Raya vs Homework Raya ( untuk pelajar saya!)

Lagi beberapa hari lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya.
Harap semuanya berjalan lancar. 
Harap kuih raya sempat buat.
Harap rumah tahun ini sempat dihiasi dengan lampu lip lap. 
Harap tahun ini dapat duit raya walaupun saya sudah bekerja.
Harap aku sempat burn semua lagu raya untuk dipasang dalam radio Kenwood dalam kereta semasa perjalanan pulang ke kampung! (maaf kerana tak beli yang original)

 oh suka lagu Halaman Asmara nyanyian Awie dan Ziana Zain!



Dan harap raya tahun ini memberi seribu makna dan menjanjikan lebih banyak keinsafan dan pengertian. 




Hari ini khamis. Esok Jumaat. Cepat lah. 
Aku tak sabar nak bercuti! Jumaat hari terakhir bekerja. 
Sebelum bertungkus lumus mengemas rumah menjelang raya minggu depan. 


Di sekolah pelajar dah semakin ramai minta alamat rumah.
Mungkin aku akan adakan open house khas untuk kawan-kawan guru seperjuangan dan pelajar-pelajar sekolah. 

Tapi sebelum itu aku akan pastikan aku bersedia dengan kain sapu tangan untuk mengesat peluh gara-gara pengeluaran duit raya yang melampau.


Pelajar sekarang sudah advance.Di facebook mereka akan bertanya kan alamat rumah aku. hehe. 
Budak zaman sekarang. 
Walau apa sekali pun, aku sudah pun menyediakan mereka dengan pelbagai homework beraneka rasa untuk mereka siapkan masa cuti ini. 
Ada yang buat muka tak puas hati, leh jumpa cikgu selepas ini. kekeke

bye






Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
abdullah
AUTHOR
September 2, 2010 at 11:14 AM delete

at last,,i juz had chance to read this blog,,,hmm,,surely im glad 4diz song,,sgt2,,later ad lgu bez2 br tukar blik k,,hehe

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...