Hantu Kak Limah Balik Rumah : thumbs up Mamat Khalid

Sabtu yang membosankan. 
Jom kita tengok wayang. 
Hantu Kak Limah Balik Rumah!
Tajuk pun dah boleh buat aku tergelak.
Memang berbaloi la tengok filem ni. Skrip bersahaja dan jalan cerita yang ringkas serta menghiburkan. 
Mamat Khalid tak perlu letak gambar dia sila panggung dekat poster filem ni kot..tapi filem meletup! Full house gitu! dR Rozmey terasa ke? Ketawa.

Jom kita usha sinopsis cite ni!

Hantu Kak Limah Balik Rumah mengisahkan mengenai Hussein yang baru pulang dari Singapura selepas merantau selama beberapa tahun. Ketika pulang ke rumah, dia ternampak jirannya Kak Limah sedang berdiri di tepi tingkap. Hussein cuba menegur tetapi tegurannya tidak dibalas oleh Kak Limah menyebabkan, Hussein pelik melihat perubahan sikap jirannya itu.

Selain pulang untuk menjenguk kampung halamannya, tujuan Hussein pulang ke kampungnya adalah untuk berjumpa dengan bekas tunangnya Che Nin, anak dara kepada pemilik kedai kopi di kampung mereka bernama Pak Jabit. Namun kepulangan Hussein tidak disukai oleh Pak Jabit. Setiap kali singgah di kedai Pak Jabit, Hussein akan mengambil peluang itu untuk bertemu dengan bekas tunangnya. Tanpa mengetahui sebenarnya Che Nin sudah meninggal dunia. Siapakah Che Nin dan siapa pula Kak Limah? Untuk mengetahui kesudahan filem ini, saksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah. 



So amacam? Korang bila lagi nak tonton filem ni? Aku ni gigih tau. Sanggup beli kapel seat semata-mata nak tengok filem ni. Nisa...hehe. Gelak guling-guling bila orang dok pandang-pandang kitorang. Lesbian hape? Ade aku kesah?


Yang penting aku ketawa. 
Aku puas hati.
Aku kesat air mata sebab banyak ketawa.
Rasa nak tengok lagi!

eh macam pantun la pulak..kohkohkoh


P/s - ada siapa-siapa nak teman? sambil kelip kelip mata


Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
FadhDeela
AUTHOR
December 12, 2010 at 9:42 PM delete

dah g tgk ke??best x??huhu nak g tgk la kalo best..ari tu tgk ngangkung! smpai meleleh air mata tgk..hihi

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...