Kos penghantaran POS LAJU yang perlu korang tahu

Salam uolls. Ramai yang masih tak sure atau tak berapa pasti (eh sama la tu kan) dengan kos penghantaran atau kita panggil postage yang selalunya melibatkan shopping online sampai lebam di kalangan korang korang kan. Ada yang nak buat online blogshop tapi tak sure tentang kos penghantaran. 


Sebenarnya kos penghantaran pos laju memang agak mahal. Jadi kalau kita beli barang thru online jangan salahkan pemilik blog tersebut yang terpaksa meminta bayaran extra untuk postage. Kos barang online akan jadi naik lagi disebabkan postage. 


macam aku dulu ah beli inner cotton dari satu blog ni harganya RM16 je. tapi kena bayar RM21 untuk tambahan RM5 postage. kalau kita beli kat kedai je tak kena pun caj caj tu sume kan? tu la kekurangan beli melalui online ni. tapi aku beli gak ah inner tu sebab kat luar memang susah nak jumpa inner yang tak melekap dahi. so bayar je ah kan. 



ok so kat sini aku nak sharekan info tentang kos penghantaran menggunakan pos laju. sebab aku baru balik dari pos laju so terus ah aku intebiu jap staff tu nak kepastian. gigih tak? T___T


KOS PENGHANTARAN BERBEZA IKUT BERAT
ok ni rasanya semua dah tahu. kalau korang pos dictionary Oxford yang tebal tak ingat tu, memang la mahal kos postagenya. tapi kalau bawah 500gram, korang kena bayar RM5.75


KOS PENGHANTARAN BERBEZA IKUT DIMENSI
ha ni best. rasanya member aku dulu tekejut beruk gak ah sebab barang yang dia nak pos kan tu tak ah berat pun. tapi dia pakai kotak yang saiz besar. so kosnya pun mahal ah. jadi nak bagitahu kat sini elak bungkus barangan dengan kotak yang besar, kerana walaupun beratnya tak seberapa, tp occupied byk ruang 'kargo'..


PERGI PEJABAT POS LAJU DAN ELAK GUNA PEJABAT POS.
ada beza ye pergi pos laju atau pejabat pos. sebab? ye ah pejabat pos bukan nak layan korang untuk pos surat je tapi banyak lagi servis lain kan? ada yang nak bayar bil ah, bayar ptptn ah tu ah ni ah. so manusia pun ramai.


kalau kat pejabat pos, dorang akan ukur setelitinya barang yang kita nak poskan tu. especially staff perempuan. so agak leceh gak ah di situ.


manakala di pejabat poslaju, tak ah seperti pos ofis nak ukur bagai. aku rasa lagi flexible. setakat ni aku tak penah la pulak hantar satu beg sampai kena charge  RM9.45. TAPI kalau kat pejabat pos memang aku penah tekena bayar RM9.45 untuk satu diaper beg je!! 



Ok tu je ah nak kongsikan. boleh je nak cari info kat internet pasal ni. tapi aku jenis tanya terus kat staff tu. lagi sahih dan jitu gituuu...
okbye!




Previous
Next Post »

6 komen

Write komen
Anonymous
AUTHOR
February 21, 2011 at 7:20 PM delete

haah ler mmg xberbaloi tapi ape dah klu dah minat...

bagus gune air mail parcel!

Reply
avatar
En Dlie
AUTHOR
February 21, 2011 at 8:31 PM delete

Saya selalu guna pos laju untuk hantar barang yang customer tempah. Memanglah mahal, tapi kalau pakai kurier swasta rasanya lagi mahal kot.

Reply
avatar
Cik RoSs
AUTHOR
February 21, 2011 at 8:50 PM delete

betul3...sgt stuju...i pun ada la knl dgn pkcik yg keje kerani pos.Dia la yg gtau semua nie..Mcm i yg buka biz on9 yg jual shawl/inner/tdung ( Citarasa Anggun - siap promosi nama biz lg!!ehehhe ) mmg kdg2 tu kalo pelanggan bli byk,kami mcm ssh hati je nk gtau pelanggan utk tmbh kos penghantaran..huhuhuhu...Tapi,nk buat cmne la kan..dh mmg kos p'hantaran pos laju mmg mahal..Setem pun dh x de 30sen..huhuhuhu.kna 60sen!!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
June 24, 2011 at 4:55 PM delete

kalau barang tuh tak sampai 300g
kena jugak charge rm5.75 ?

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
December 12, 2011 at 11:36 AM delete

kos untuk semua tempat same je ke?x kire jauh ke dekat?

Reply
avatar
meezwan
AUTHOR
December 21, 2011 at 4:20 PM delete

Kalau brg kaca tahu tak chargenya berapa?

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...