CANTIK KE BILA TERLALU KURUS?

Selalu kita bincang mengenai XXL, obesiti dan kegemukan. Kali ni jom cerita tentang kurus. Semua orang terutama perempuan, nak kurus. Tapi adakah terlalu kurus itu cantik atau derita? Tapi sebelum tu, apa kata kita semak dulu berapa BMI kita? Oh ya cara untuk kira BMI macam ni ye 


Tinggi (m) x Tinggi (m)
Klasifikasi berat dengan pengukuran BMI : 
Kurang berat : BMI kurang dari 20
Normal (berat badan unggul) : BMI antara 20 – 24.9
Berat badan berlebihan : BMI melebihi 25.0
Pra-obes : BMI 25.0 hingga 29.9
Obes Kelas 1 : BMI 30.0 hingga 34.9
Obes Kelas 2 : BMI 35.0 hingga 39.9
Obes Kelas 3 : BMI melebihi 40.0


Dah kurus nak kurus lagi?

Perempuan sekarang obsess pada badan yang kurus. Ramai yang berpendapat kurus tu cantik. Sebab tu makin ramai yang nak kurus. Dah kurus tapi nak kurus lagi. Sampaikan ada sesetengah orang sanggup berhabis duit beli produk yang dapat kuruskan badan. Sekarang memang banyak produk kuruskan badan. ada yang 3 hari makan boleh kurus. Produk pula tak tahu dapat kelulusan KKM ke tidak. 

Ada juga yang sanggup tak makan. Ajak pergi lunch, sanggup tinggal ofis sorang sorang sebab taknak makan. Muka pucat, takde tenaga. Mula la orang kata dah macam jerangkung hidup. Ada juga yang makan tapi lepas tu muntahkan semula makanan tu. Sampaikan boleh memudaratkan kesihatan. Kan derita namanya tu? Kecantikan tu melalui penderitaan ke?

Rasanya biarlah sederhana. Bukan berat badan yang menentukan kecantikan tapi kesihatan badan yang paling penting. Sebab tu sekarang ramai yang pilih VITAMIN untuk bantu kurangkan berat badan secara sihat. Kalau dulu orang cari vitamin untuk tambah berat badan. Tapi sekarang alhamdulillah ramai yang dah bukak mata bahawa vitamin bukan saja untuk kesihatan optimum tapi dalam masa sama boleh turunkan berat badan secara semulajadi. 

"Menjadi seorang yang kurus tidak bermakna dia kebal pada serangan diabetes atau tidak berisiko pada serangan jantung," kata Dr Loius Teichholz dari Hackensack Hospital, New Jersey.

Apa pun, sayanglah tubuh badan kita ye. Jangan kerana nak terlalu kurus sampai tanggung derita! 



Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...