SITI NORDIANA YANG AKU KENAL SUATU MASA DULU

Assalamualaikum


Tahniah penyanyi Siti Nordiana sebab menang Gegar Vaganza musim ke2 semalam! Memang seperti yang dijangka. Cayalahhh Nana! Aku tak sure la budak budak sekarang kenal ke tak siapa Siti Nordiana ni. Tapi artis ni keluar masa zaman aku sekolah dulu. Zaman stayback duk kantin siapkan homework sebelum balik melencong dengan kawan kawan. heh heh. Zaman kawan kawan sibuk cerita skandal masing masing. Zaman geng geng budak bola suka kacau awek sekolah taman sebelah..


ha zaman tu la keluarnya Siti Nordiana. 

Masa tu dekat corong radio, aku selalu dengar lagu meleleh dari Siti Nordiana. Oh ye. Masa awal awal kemunculan dia, ada satu artikel majalah apa aku tak ingat dah, (yang penting bukan majalah Mangga sebab aku tak suka baca gosip murahan tepi kolam..) ada kata, artis ni bakal sehebat Siti Nurhaliza. So masa tu aku pun teruja la. Tapi bila dengar lagu leleh dia, tak ada la nak minat gile gile sangat. Mungkin orang lain minat la dengan kelelehan lagu Siti Nordiana tu But not me. heheeh

So itulah Siti Nordiana yang aku kenal suatu masa dulu. Seorang artis perempuan yang agak kekampungan. Lagu lagu pun agak kekampungan dan meleleh. Sampailah kemunculan Nana dlm Gegar Vaganza musim kedua ni. Minggu pertama, dia nyanyi lagu Bola Bola Api. See tajuk pun kelakar kot. haha. Tapi aku suka lagu tu. Comel. Minggu pertama tu aku dok terdetik dalam hati, boleh ke dia ni pergi final?


Sampailah dia dapat task nyanyi lagu Ziana Zain dengan lagu Ku Tak Akan Bersuara, masa tu aku dah jatuh cintan dah dengan vokal dia. Bukan vokal je, tapi dengan penampilan dia. Dia sangat humble okay! Nampak low profile sangat sangat. Nampak macam tak pandai nyanyi je. Tapi sekali nyanyi hamik kau. Melopong depan TV ehehe.


Alhamdulillah, masa minggu keempat tu aku dah start confident dia boleh pergi final. Tapi lum konfident dia boleh menang lagi tau! Start dia nyanyi lagu Nicky Astria, tajuk Mengapa, masa tu aku konfidet dia lah JUARA gegar Vaganza. Gempak gila kot vokal dia. So aku pun pelik jugak. Kenapa Siti Nordiana dulu tak sama macam Siti Nordiana yang sekarang? Dulu maybe dia muda lagi kot. Hehe. Apa pun, semoga Nana masuk semula dalan industri seni. Kami tunggu album baru nana!

Jom view persembahan Nana lagu Putus terpaksa :)
https://www.facebook.com/kbergetar/videos/932588110151417/

Apa pun tahniah Nana!
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
ecadwinkyasha
AUTHOR
December 15, 2015 at 8:09 AM delete

Cik Aishhh, bukan Bola-bola Api la...lagu tu Paling Comel.lagu duet Nana & Achik sebenarnya~

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...