PENGALAMAN MUSIM HUJAN..terima kasih abah

Musim hujan sekarang ni buat saya teringat satu pengalaman yang tak boleh lupa sampai harini.
.
.
Masa zaman sekolah. Pagi tu ada subjek Pendidikan Jasmani. Cikgu PJK masa tu memang antara cikgu yang garang dan laser. Jadi siapa yang tak bawak baju PJK memang takut dibuatnya. Perasaan takut tu sikit lagi nak menyamai rasa takut nak ke tali gantung hehe
.
.
Jadi haritu, saya lupa bawak baju PJK. Terus pergi kantin sekolah, guna public yang kejap ok kejap rosak tu, call mak. Mak kata kereta takde sebab masuk bengkel. Tapi disebabkan takut sangat kena marah ngn cikgu, nangis nangis gak mintak siapa siapa hantarkan baju pjk.
.
.
Last last abah datang sekolah. Jalan kaki dalam hujan hantar baju PJK. Terharu pulak rasa. Sobs sobs. Tu la pengorbanan abah untuk anak dia masa zaman sekolah dulu. Sanggup jalan kaki dari rumah ke sekolah dalam 5km tu, dalam keadaan hujan lebat semata hantarkan baju PJK.

Terima kasih abah
❤️❤️❤️❤️

#tsunamishaklee
#tasktsunamiisma
#tss
#shakleeseremban
#amazingseventeen

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...